Friday, 20 July 2012

Kelantan Tumpas 0-5 kepada QPR :: Kekalahan demi Pengalaman

KELANTAN tumpas 0-5 kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan deras yang dilakukan oleh Shaun Wright Phillips. Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan bangkit mengatur serangan dengan melakukan asakan ke gawang QPR namun gagal ditembusi apabila dikawal rapi oleh Fabio Da Silva dan Anton Ferdinand.
Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan cubaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-21 namun ditepis keluar oleh penjaga gol QPR, Robert Green./> Pada babak kedua perlawanan, QPR mengandakan jaringan menerusi Michael Harriman yang pada mulanya membuat larian solo kemudianya melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri pada minit ke-52.
QPR menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Jamie Mackie pada minit ke-72 hasil hantaran Max Ehmer.
Bobby Zamora kemudianya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81 diikuti gol kelima oleh Heidar Helguson pada minit ke-90.
Dalam pada itu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun kalah 0-5, pertemuan malam ini memberi peluang kepada pasukannya memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.

KELANTAN: Shahrizan Ismail, S. Subramaniam (Zairul Fitree Ishak), Obina Nwaneri (Ramzul Zahini), Nik Shahrul Azim, Daudsu Jamaludin, Mohd Shakir Saari (Rizal Fahmi), Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (Emmanuel Okine), Norshahrul Idlan Talaha, Keita Manjou.
  
QPR: Robert Green, Anton Ferdinand, Fabio Da Silva (Murphy), Jamie Mackie, Hogan Ephraim, Armand Traore, Adel Taarabt, Clint Hill, Djibril Cisse
(Andy Johnson), Shaun Wright-Phillips, Samba Diakite.

Sumber :: Sinar Harian OnLine

sUaRa KeCeWa DibUmI sEnDiRi

Jam 05:30 petang itu waktu aku di dataran
sibuk bersama teman mengerat perpaduan
selain sibuk untuk terus mengejar impian
impian untuk memakai baju itu ...

Ligat mata mencari teman 
pantas kaki menari menuju sasaran
tangkas menyelamat dari di jajah
agar harum semerbak seantero dunia ...

Jelas dan nyata aku kepincangan 
seakan tergantung , terumbang ambing 
tiada tempat untuk aku kesana
kerana angka itu tidak penting ...

Mimpiku selama ini berkecai sudah
di hentak dengan tukul yang keras
tidak punyai semangat lagi
aku lantas menyorokan kasut itu ...

Dulu aku undur bukan kerana takut 
dula ku diam bukan kerana salah
agar adik-adik ku tidak turut kecewa ...

Kembalikan dataran itu untuk kami terus menari
menari bukan hanya kerana nama
tapi ia lebih sebagai cita-cita

Kau gah mengatur , menurut raksasa dunia
namun kami sering di hukum tanpa bicara
kau rela menafikan hak hanya untuk penguasa eropah
namun kau tak pernah menegakan hak kami keluarga sendiri